Thursday 24 January 2013

Sanah Helwa ya HabibAllah

"Ummati, Ummati, Ummati"~~

Itulah kalam terakhir sebelum wafatnya kekasih Allah, Muhammad S.A.W. Sehingga di saat nyawa sudah di penghujung, baginda masih ingat akan ummatnya.

Sedangkan ibu yang sedang nazak, belum tentu anaknya yang di ingatan. Seorang isteri pula belum tentu si suami yang difikirkan saat bergelumang dengan sakitnya mati.

Tetapi kasih & cintanya Rasulullah S.A.W. kepada kita melangkau kasihnya seorang ibu kepada anaknya, cintanya seorang isteri kepada suaminya.

Betapa sayangnya Rasulullah S.A.W. kepada ummatnya. Sehingga merayu pada Allah agar dihimpunkan segala kesakitan sakaratul maut ummatnya ke atas bahu baginda, ditangguhkan segala balasan dosa besar ummatnya di atas dunia, dan diberi pula syafaat di akhirat kelak.

Bagaimana pula balasan kasih & cinta aku pada Rasulullah S.A.W.?

Dengan hanya berselawat di dalam solat hari-hariku, cukupkah untuk menunjukkan betapa aku menghargai kasih & cintanya Rasulullah S.A.W. kepadaku? Cukupkah untuk menyatakan betapa aku berterima kasih kepada Rasulullah S.A.W. kerana mendoakan agar ditangguhkan balasan atas dosa-dosaku di dunia ini? Cukupkah untuk membuktikan betapa aku juga mengasihi baginda sepertimana baginda kasih pada diriku?

Sungguh malulah jika aku mengatakan ianya cukup, cukup & cukup.

Ya Rasulullah, andai engkau mendengar rintih hatiku yang paling dalam. Sungguh, aku malu mengaku ummatmu ya Rasulullah. Aku malu denganmu ya Rasulullah. Aku malu untuk minta syafaatmu kelak. Aku malu ya Rasulullah.

Saat aku melakukan dosa, aku lupa bahawa aku adalah ummatmu ya Rasulullah. Layakkah aku menjadi ummatmu ya Rasulullah. Akhlakku tidak seperti yang engkau ajarkan ya Rasulullah. Ibadahku tidak seperti yang engkau amalkan ya Rasulullah.

Sungguh, aku malu ya Rasulullah. Maafkan aku ya Rasulullah kerana tidak menjadi ummatmu yang baik.

Maafkan aku ya Rasulullah. Sanah helwa ya HabibAllah~~

No comments: