Wednesday 23 November 2011

Hilang

23 Nov 2011, 12:06 am

Hujan renyai2 di luar rumah sewaku membasahi segenap penjuru muka bumi Allah yg maha luas ini. Jari jemariku pantas berlari di atas papan kekunci komputer ribaku, mencari2 diriku, di kala teman2 sebilikku yg lain sudah enak dibuai mimpi.

Di saat ini aku merasakan suatu kehilangan. Dan aku tercari2 apakah yg hilang itu?

Selama 24 tahun aku berkelana di atas muka bumi Allah ini dgn izin dariNYA. Dan sepanjang tempoh itulah rasa kehilangan itu pasti menjengah walau sekejap cuma.

Aku buntu.

Apakah orang lainnya juga berasa sepertiku? Ataukah cuma aku?

Apakah ada lagi yg aku tidak ketahuan sedangkan di benak kepalaku ini sudah dipasakkan bahawa hidup ini hanya SEMENTARA?

Apakah harus ada perasaan kehilangan ini jika hidup ini semuanya hanya PINJAMAN?

Apakah aku tidak berSYUKUR jika perasaan itu menjengah di lubuk hatiku?

Sekali lagi, aku buntu.

Aku keliru, aku buntu dgn perasaanku sendiri. Akal dan perasaanku sakan berperang. Akal mengingatkan bahawasanya hidup ini bukan empunyaku dan tak perlu rasa bimbang atas apa yang hilang atau pergi. Tapi perasaanku semakin syahdu merasakan kehilangan.

Namun, ingatlah wahai hati, jika ALLAH sahaja padamu, pasti tiada rasa gusar mahupun gundah gulana.

Oh ALLAH, hambaMu ini bukan menafikan kuasaMu, milikMu juga hakMu, tapi aku hambaMu yg lemah. Sungguh, tidak wajar jika mempersoalkan segala kehendakMu. Namun, apakan daya. Aku hanya insan biasa yg punya perasaan yang kadang2 sukar dikawal dek kerana rapuhnya dinding iman, dan lekanya aku dgn dunia.

Ya ALLAH, sungguh Engkau mengetahui perasaan hambaMu ini. Jika apa yang tersurat dan tersirat itu yang terbaik buat diriku, agamaku dan org2 di sekelilingku, maka aku redha ya ALLAH. Ampunkan aku jika aku lupa bersyukur.

Terima kasih ya ALLAH atas perasaan ini~


Selesai, 23 Nov 2011, 12:43 am

No comments: