Sunday 8 March 2009

Di celah-celah kezaliman FRU demo anti-PPSMI

Peristiwa 7 Mac 2009
Tepat jam 2.30 petang, kami (saya dan k.ainum) tiba semula di Masjid Negara. Orang ramai dah pun bergerak ke Istana Negara. Kami tersalah faham arahan berkumpul. Setibanya di sana, kami bercadang untuk mengejar orang ramai yg sudahpun bergerak. Tapi ada sesuatu yg membuatkan kami tertanya-tanya. "Kenapa orang ramai patah balik? Salah jalan ke?"

Saya nampak orang ramai menuju ke Masjid Negara diketuai oleh sepasukan Unit Amal yang sedang ribadh. "Menarik!" saya berbisik. "Mesti snap ni.." Saya pun cari port yg sesuai. Sejurus selepas orang ramai melintas jalan utk ke Masjid Negara, sekumpulan FRU siap bersenjata & trak tiba. Betul-betul di hadapan saya.




"Aku kena get ready ni..mesti snap gambar best!"saya berbisik lagi. Sekilas toleh ke belakang, saya dah tak nampak bayang k.ainum. Hilang di celah-celah orang ramai. "Alamak! Aku sorang-sorang ni. Harap xde pape y akan jadi.." Saya bukan sahaja berseorangan masa tu tapi saya lah satu-satunya perempuan yg masih ada di luar masjid, berhadapan dengan FRU. Sebenarnya terkejut juga, sebab tak sangka saya hanya tinggal seorang, tak perasan bila masa yg lain-lain lari masuk ke dalam perkarangan masjid.

Kelihatan FRU sudah bersiap sedia, hanya tunggu 'GO'. Saya sedikit gementar. "Ya ALLAH, aku mohon dijauhkan dari ujian yg tak mampu aku tanggungi.."

BUSH..dgn tak semena-mena 'water cannon' FRU dipancut ke arah orang ramai. Saya sedikit undur dan buntu seketika. "Aah..tak boleh jadi ni..aku kena jgk snap gambar kejahatan diorang!!"

Terasa seperti bermandi hujan. Tapi saya tetap tak berputus asa. Setapak ke belakang, kemudian ke hadapan semula. Alhamdulillah..akhirnya saya dapat snap beberapa gambar dgn baik. Tiba-tiba, air 'water cannon' dipancut betul-betul di hadapan saya. "Ya ALLAH, sungguh tak sangka!! Sampai hati diorg bertindak demikian!!"





Mata saya mula terasa pedih, berair, sakit dan tak boleh melihat dgn baik. Saya segera menoleh dan berlari menuju ke pintu pagar masjid utk berlindung. "Dik, basuh muka dengan air!!" Kedengaran suara seorang pak cik berteriak pada saya sambil menuangkan sebotol air ke muka saya. Masa itu fikiran saya celaru. (Terima kasih ye pak cik. Moga ALLAH membalasnya)

"Ya ALLAH, rasa apa ni?" Pedih, sakit, mata berair kemerah-merahan, terasa nak muntah mengeluarkan segala isi perut. Saya hampir jatuh pengsan dek kerana kekurangan tenaga untuk melawan segala rasa yg timbul. Tapi, lantas ALLAH hadirkan perasaan Palestin. "Kena kuat Nabil!! Ni baru sikit. Kanak-kanak kat Palestin lg teruk. Kau kne kuat Nabil. Bertahan!!"

Saya gagahkan juga diri utk berjalan menuju ke arah pintu pagar masjid. Sekejap-kejap saya membongkok, serasa ingin muntah belahak. Saya gagahkan kaki hingga hampir sampai ke pintu pagar. Di saat itu, saya memang sangat-sangat mengharapkan bantuan. Dengan keadaan mata saya yg tak boleh dibuka disebabkan pedih yg teramat sangat, ditambah pula tenaga yg semakin kurang, saya memang berharap sesiapa dapat meringankan beban saya.

Mujur, kedengaran suara beberapa orang muslimin menghampiri saya ingin memberikan pertolongan. Saya cuba buka mata utk lihat keadaan sekeliling tapi tidak berdaya. Saya hanya mampu mendengar. "Awak ambil ni lap mata." Saya cuba buka mata dan hanya nampak tangan seseorang menghulurkan kain serban hitam yg basah dgn air. Saya ambil dan lapkan di mata dan seluruh muka saya. "Ambil garam ni." Sekali lagi saya cuba buka mata dan menadahkan tangan menggunakan kain serban tadi untuk mengambil garam yg dihulurkan.

Alhamdulillah..kurang sedikit rasa-rasa pelik tadi. Saya terus mara ke hadapan. Terlupa mengucapkan terima kasih dan terlupa juga yang saya sedang memegang kain serban yg entah siapa pemiliknya.
(Kalau empunya serban ni ada terbaca, saya minta maaf sangat. Terima kasih yg tak terhingga. Moga ALLAH membalas segala budi yg dicurahkan. Kain serban tu masih ada dengan saya. Jika berkeinginan utk dikembalikan maklumkan pada saya ye. Maaf menyusahkan)

Saya sudahpun berada di perkarangan masjid. FRU masih lagi memancutkan 'water cannon' ke arah orang ramai. Malah ditambah pula dengan bedilan gas-gas pemedih mata. "KEJI!!" Rasulullah melarang umatnya membunuh musuh yg berlindung di rumah ibadat sewaktu berperang. Tapi, mereka dengan tidak berperi kemanusiaan malah seperti tiada iman menyerang orang Islam yang berlindung di dalam masjid bertubi-tubi.

Saya ternampak 'water cannon' dipancutkan ke arah beberapa orang yg sedang berlindung di sebalik sebuah van. Gaya mereka memancutkan 'water cannon' bukan seperti mahu menyuraikan orang, tapi seperti mahu membalas dendam. Saya cuba menghampiri van itu sambil mengambil beberapa keping gambar. Selesai itu, saya terpandangkan seorang pak cik yg masih berlindung di sebalik van tadi dengan keadaannya seperti ketakutan. Kasihan..





Saya menghampirinya. "Pak cik OK? Nah, ambil garam ni." "Nak buat apa dgn garam ni?" "Makan pak cik. Kurang sikit rasa sakit." Kemudian datang beberapa orang pemuda membantu pak cik itu. Lega sedikit rasanya.

Sekarang saya mesti cari k.ainum. Entah apa la jadi dengan dia. Saya try call tapi tak dapat. Tak ada line. Pelik! Di tengah-tengah bandar tak ada line telefon memang suatu yg pelik. "Macam mana lah aku nak cari k.ainum ni?" Saya berlari keluar, kemudian masuk semula ke masjid. Keluar masuk, keluar masuk. Tak jumpa langsung bayang k.ainum.

Suasana makin gamat. Gas pemedih mata dibedil ke dalam perkarangan masjid sehinggakan ada beberapa butir yg masuk ke dalam ruangan masjid. Orang ramai berlindung di dalam ruang solat masjid. Saya masih mencari k.ainum. Sejurus kemudian, saya terserempak dengan Ust Mahfuz Omar. "Bau gas kuat kat sana. Jgn pergi," katanya pada saya. Terbantut gerakan saya utk ke sana. Saya keluar semula ke perkarangan masjid. Walaupun pada ketika itu, kedengaran arahan supaya semua masuk ke dalam masjid.





Beberapa minit kemudian, setelah penat saya berlari-lari, keadaan menjadi sedikit tenang. FRU sudahpun menghentikan serangan dan sedang bersiap sedia utk berangkat. Mungkin kerana mereka menyangkakan orang ramai sudah bersurai. Setelah keberangkatan FRU, orang ramai mula keluar dari dalam masjid dan memenuhi kawasan persekitaran utk mendengar ucapan. Ketika itulah saya terjumpa k.ainum. Alhamdulillah.. Antara yg berucap ialah wakil daripada front-front mahasiswa (GAMIS & PKPIM). Kemudian, Ust Mahfuz Omar pula berucap dan doa dibacakan sebelum hadirin bersurai.





Peristiwa yg berlaku benar-benar terkesan di hati saya. Sedih mengenangkan segelintir manusia yg masih ada rasa tidak berperikemanusiaan. Yang paling menyayat hati ialah mereka itu satu agama dengan saya. Seorang muslim. Yang mengaku hanya ALLAH yang layak disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNYA. Tapi kenapa mereka masih sanggup berkelakuan demikian dengan saudara seagama mereka??

"Ya ALLAH, andai mereka bertaubat ya ALLAH, KAU ampunilah dosa-dosa mereka. Tetapi ya ALLAH, sekiranya mereka terus-terusan begitu, KAU balaslah perbuatan mereka setimpalnya ya ALLAH. Aku mohon ya ALLAH, setiap titik 'water cannon' yang jatuh ke badan-badan kami ya ALLAH, KAU balaslah setimpalnya ke atas mereka, bermula dari siapa yg mengeluarkan arahan sehinggalah kepada si penekan butang ON mesin 'water cannon' juga kepada mereka yg tidak menghalang berlakunya insiden itu. Ketahuilah ya ALLAH, sesungguhnya kami dizalimi. Ameen ya Rabbal 'Alameen.."

~Musleem is not a Zionist~

7 comments:

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

sungguh menyayat hati...

syuhadah dzarawi said...

oho~aku tak pergi.

Mohd Hafizan Mazuki said...

terperinci catatan diari 7 mac ni...huhu, yg penting kita pun sama2 pedih mata dan tekak...FRU jahat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ku x ampunkan mereka

Bintu Abi said...

x btul2 t'perinci matjang..sbb sy x crita y sy hmpir t'langgar matjang ms kt dlm msjd.. =)

Mohd Hafizan Mazuki said...

haha, tu lah mase hmpr terlanggar tu, sy nmpk mcm wartawan utusan yang gigih mengejar berita.Alhamdulillah dpt gmbr cantik ble polis di marahi rakyat jelata..hehehe, tahniah tuan wartawan.....sy pun mmg nak g amik gambar, tp sbb mcm penat sgt lepas lari dr istana ke msjd negara tu yg hanya duduk melepak je lepas tu...hehehe

yus_anakmelayu said...

"Suara Bahasa"

Keroyok semua ke satu matlamat
Apa yang ada?
Menarik ribuan manusia
Jalan-jalan jadi sesak
Aku ditengah-tengah mereka!

Satu jam sebelumnya
Sogo seperti biasa
Punya pelanggan dan peniaga
Juga penghuni kaki lima

kemudian tiba gergasi biru
Berperisai menggerunkan
Membuncah hatiku
Bimbang jadi sasaran
Orang sebelah ikut gundah

Entah dari mana
Laungan takbir bergema
Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Pelik tapi benar
Pelanggan Sogo jadi pejuang
Sama sama bergerak
Sama-sama sepakat
Ke satu matlamat
Masjid Negara kita berjumpa!

Pada mula aku hanya semut
Kini aku raksasa
Berani mengaplus ketakutan
Pengecut menjadi pahlawan!

Semua gara-gara bahasa
Penentu hidup mahawangsa
Tua, muda, miskin, kaya
Satu suara,seirama, senada
Parasit budaya perlu diseka

Aku? Aku bangga
Aku juga pencipta sejarah bangsa!

yus_anakmelayu (15 April 2009)
Mengimbau kenangan manis 7 Mac 2009
disembur pemedih mata =)

Bintu Abi said...

Menarik..!!
Terime kasih anak melayu.. =)
selamat bergraduasi.. =)