Monday 16 February 2009

Kembali..

Assalamua'alaikum warahmatullah..
Salam sejahtera buat semua teman2 bloggers dan rakan2 perjuangan yang mengimpikan tertegaknya kebenaran dan hancurnya kebatilan..

Sangat lama Bintu Abi sepi tanpa sebarang post atau respon..

Bukan kerana PENAT setelah MENANG besar di UM..

Bukan juga kerana LELAH dengan KALAHnya Penggerak Mahasiswa..

Tetapi sepi sebab KELU melihat pelbagai PERISTIWA yang berlaku..

Sehinggakan tidak tahu apa yang mahu aku responkan..

Akhirnya, tergerak hati untuk mula menulis..mungkin boleh dijadikan panduan bersama..

Sebelum mula melangkah jauh, ingin saya bawakan beberapa sorotan peristiwa yang berlaku..

1. Terpilihnya OBAMA sebagai Presiden Amerika yang ke-44. Pertama dalam sejarah mengangkat orang kulit hitam sebagai Presiden Amerika.

2. Terpilihnya PRO-Mahasiswa sebagai tunjang utama yang akan menggerakkan MPMUM dan seterusnya menjaga hak dan kebajikan mahasiswa

3. Terpilihnya Abdul Wahid Endut sebagai wakil kepada rakyat di Kuala Terengganu mengalahkan calon kesayangan PM, Wan Farid

4. Merudumnya ekonomi dunia yang majoritinya di kuasai oleh Yahudi Laknatullah dan Amerika yang secara nyata tidak mengamalkan ekonomi Islam

5. Terhinanya Sultan Azlan akibat murkanya rakyat di atas ketidak adilan yang berlaku di Perak

Setelah difikir-fikirkan dan diteliti dengan baik, semua ini berlaku hanya disebabkan 1 faktor utama, iaitu PERUBAHAN.

Perubahan?!!

Ya!! Perubahan..

Perubahan dari yang BATIL kepada yang HAK..
Bukan kerana yang BATIL itu dituntut untuk melakukan perubahan tetapi sudah masanya yang HAK menuntut perubahan itu berlaku..

Beberapa sorotan peristiwa yang saya kemukakan tadi, rata-ratanya perubahan yang berlaku disebabkan masyarakat mahu tertegaknya yang hak dan jatuhnya yang batil..

Dan kita semua maklum, bahawa yang HAK itu adalah ISLAM dan yang BATIL itu adalah selain ISLAM..

Dalam ciri-ciri Islam jelas mengatakan bahawa tertegaknya Islam hanya dengan kejatuhan jahiliyah..

Harap difahami..saya tidak mengatakan bahawa hanya agama Islam itu yang hak..dan hanya agama Islam itu yang menentang kebatilan..TIDAK SAMA SEKALI..

Ingin saya perjelaskan bahawa ISLAM itu bukan hanya sebagai agama yang menjadi pegangan hidup seseorang..tetapi ISLAM itu sebagai cara hidup yang boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat sama ada dia itu mengucap dua kalimah syahadah (muslim) ataupun tidak..

ISLAM itu merangkumi semua aspek kehidupan, bermula dari sekecil-kecil perkara seperti pengurusan diri sehinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti pengurusan negara..

Jadi, tertegaknya ISLAM itu bukan bermakna pupusnya orang-orang yang beragama Hindu, yang beragama Buddha, yang beragama Kristian, malah yang beragama Yahudi sekalipun, dan juga yang menganut agama selainnya..

Buat bloggers yang bukan muslim, saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan kalian..saya juga tidak berniat sedkitpun untuk memperlekehkan agama kalian..saya cuma berharap kalian lebih faham apa yang dikatakan dengan ISLAM itu..jangan mudah percaya dengan propaganda-propaganda yang dibuat..harapnya dikaji terlebih dahulu..

Buat bloggers muslim, saya menyeru kalian supaya BANGKITlah dari lamunan yang panjang..usah dibazirkan hidup ini hanya dengan mencari nikmat dunia kerana ianya hanya sementara..mulakan langkah merancang untuk mencari nikmat hidup yang lebih sempurna..bukan sahaja di dunia tetapi juga sebagai BEKALAN di akhirat kelak..

Khas buat bloggers muslim yang cintakan perjuangan..pandulah perjuangan anda bukan hanya untuk menegakkan kebenaran dan hak..tetapi pandulah perjuangan kita menuju AKHIRAT..kerana kita maklum, QIYAMAT itu datang setelah tertegaknya kebenaran di muka Bumi ALLAH ini..moga-moga kita menuju SYAHID..

Semoga kita semua diberikan kefahaman, kekuatan, kesihatan, pemikiran, keyakinan dan kecukupan yang baik untuk terus menegakkan yang HAK..ameen..mudah-mudahan diperkenankanNYA..

~HAK vs. BATIL~

1 comment:

muharrikdaie said...

cantik blog anti. banyak infon yang ana dapat.teruskan...insyaalah ada menfaatnya