Saturday 11 October 2008

Bernilainya seorang "scavenger"

Salam syawal, salam ziarah dan salam beramah mesra..

Semalam entah kali yg ke berapa saya menjejakkan kaki ke bangunan MBPJ. Fuh..letih tapi menyeronokkan.. =) Dapat pengalaman berjumpa dgn pegawai2 kerajaan yg bertugas di sana.. Bukan saja2 menayang muka di MBPJ tu, tapi terpaksa demi menyiapkan sebuah tugasan yg diberi oleh Prof Agamuthu..

Kita tinggalkan tentang itu. Sebab itu bukan menjadi modal utama saya menulis malam ini..

Selesai berurusan di MBPJ, seperti biasa saya menuju ke tempat saya meletakkan kereta. Hendak pulang dgn segera. Di pertengahan jalan, saya terlihat satu situasi yg mungkin bg org lain ialah perkara biasa dan kurang penting tapi tidak bagi saya..

Ada seorang lelaki cina, bertanya pada seorang perempuan cina yang kerjanya mengutip dan mengasingkan bahan buangan (sisa) yg masih boleh diberi nilai. Kalau dalam bahasa Inggeris kebiasaannya orang sebegini dipanggil "scavenger".

Berbalik pada soalan yg ditanya lelaki cina itu pada perempuan tersebut, dia bertanya dgn nada suara yg melenting. "Itu kerja kamu ya?!" sambil menuding jari pada baki2 sisa yg tertinggal di lantai berhampiran tempat duduk perempuan tersebut. Sambil mengerutkan mukanya, perempuan tersebut menggelengkan kepala memberi isyarat bahawa kotoran itu bukan disebabkan olehnya.

Lelaki cina tersebut tidak berpuas hati dgn reaksi yg ditunjukkan oleh perempuan itu. Demi menjaga nama baiknya, dia hanya mengomel sendirian tentang perempuan tersebut lalu beredar. Reaksi yg ditunjukkan oleh lelaki cina itu seolah2 memperlihatkan bahawa kerja yg dilakukan oleh perempuan tersebut merupakan kerja yg hina, kerja yg mungkin tidak ada suatu nilai yg berharga dan mungkin juga kerja yg tidak mendatangkan manfaat apa2.

Tapi, tidak bagi mereka yg tahu menghargai alam sekitar. Bagi mereka, kerja2 yg dilakukan oleh orang2 seperti perempuan cina itu merupakan suatu kerja yg mulia dan besar penghargaan yg sepatutnya mereka terima. Kerana apa?

Kerana mereka ini banyak menyumbang kepada terpeliharanya alam sekitar kita. Mereka ini banyak memberi khidmat pada alam yg menjadi tempat tinggal utama makhluk. Mereka ini besar pengorbanannya kerana tidak jemu atau bosan memastikan alam sekitar sifar dari sisa. Mereka ini besar syukurnya kerana memberi nilai pada sesuatu yg mungkin bagi kita hanyalah sampah tapi tidak buat mereka.

Cuba bayangkan sekiranya tidak wujud golongan2 seperti mereka ini.. Adakah anda rasa kita mampu hidup aman, bersih dan sihat sehingga hari ini? Adakah kerajaan kita mampu untuk menanggung kerugian hanya semata2 untuk menguruskan sisa? Adakah kita masih mempunyai ruang yg banyak utk kehidupan yg lebih selesa sekiranya ruang itu lebih diperlukan utk dijadikan tapak pelupusan sisa?

Fikir2kan lah.. mungkin ramai yg menganggap ini tidak penting untuk diambil tahu atau cakna. Tapi, ketahuilah sebenarnya ianya sangat penting dan wajib diambil tahu oleh semua pihak selagi mana dia hidup menumpang di muka bumi ini. Janganlah kita menganggap sesuatu itu tidak penting hanya kerana mereka itu "scavenger".

Ketahuilah bahawa kerja2 mereka itu mulia. Mengasingkan sampah yg sama jenis dan mengumpulkannya utk dijual pada pusat kitar semula. Sekiranya perkara ini dilakukan secara konsisten, nescaya alam sekitar kita akan bertahan lebih lama. Kerana kurangnya sisa yg dihasilkan oleh manusia akibat dari banyaknya kegiatan kitar semula.

Negara kita akan lebih maju dan kaya kerana kos menguruskan sisa boleh dikurangkan. Tahukah anda, kerajaan Malaysia sahaja membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya utk menguruskan sisa pepejal, tidak termasuk sisa air dan yg lain2. Bukankah itu satu nilai yg kalau kita boleh kurangkannya kita akan lebih beruntung?

Fikir2kanlah semula.. Jangan kita terlalu angkuh hidup di muka bumi ini sedangkan masih banyak yg kita tidak tahu mengenainya.. Belajarlah menghargai orang lain kerana ALLAH menghadirkannya dengan tujuan, yang pasti bukan sia2..

Bersama2lah kita menjaga dan menghargai alam sekitar kita. Ingatlah ianya hanya pinjaman dari Tuhan. Maka berusahalah kita utk memeliharanya.

Alam sekitar bukan hanya utk orang alam sekitar. Alam sekitar untuk semua. Alam sekitar kepunyaan bersama. Jadi, bersamalah kita menjaga dan meghargainya..

Sekian..wassalam..

~Alam Sekitar untuk Semua~

3 comments:

Sufi Intelek said...

Salam nabil..memang hasil tulisan from SPAS's students..hehe..tahniah..memang patut pun mcam tu..lagipun..Islam sendiri mintak kita sentiasa hormat orang len..even pak cik mak cik cleaner 2..diorang pun same pentingnya..yg membezakan kita semua adalah TAQWA..

rojak buah said...

sy cukup setuju ngn apa yg dikata oleh bintu abi.bukn sahaja nilai kemanusiaan yg kian putus malah nilai akhlak yg menurun telah menyebabkn manusia menilai perkara remeh sebgai tidk berguna..Namun menjaga alam harus dilihat dr aspek yg jauh lebih luas kerana islam juga mengajar kita menjaga alam.Tidak hairanlah diceritakan dlm al quran yg manusialah yg sebenarnya perosak sebenar alam.

Lebih elok dan mulia seorg yg mengutip sampah dari manusia yg menbur harta kekayaan pada yg miskin tapi dengn bangga dan riya yg menguasai diri.Sebut bab kutip sampah ni ..kan membuang duri djalanan juga merupakan salah satu dr tanda2 keimanan.Check blk dlm hadis.K.

laily said...

nampak nyer nabil sgt menjiwai ilmu yg dipelajari..tula kita ni..bila da belajar sesuatu 2,br nak take care..bak kate pepatah la kan..xkenal maka xcinta..hahaha..