Monday 6 October 2008

I'tibar Eidul Fitri

Salam Lebaran buat teman2 bloggers dan pembaca2 blog..

Rasanya tak terlambat lagi kalau saya nak ambil kesempatan yang ada utk ucap Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.. (memandangkan hari ini baru hari raya yg ke-6, orang yg berpuasa 6 Syawal pun masih belum selesai lagi.. =p)

Lama juga saya tak menulis dalam Bintu Abi. Mana taknya, "masa" sejak akhir2 ni lebih diperlukan pada perkara yg lebih penting. Ni pun curi2 masa, sambil nak siapkan assignment (nak pecah kepala cari bahan utk assignment, belum buat lagi..Ya ALLAH mudahkanlah urusan hambaMU yang lemah ini..ameen..)

Di kelapangan yang ada ni, saya nak kongsi cerita dgn kawan2 semua.. Kalau kawan2 nak tahu, raya tahun ni merupakan raya yang paling macam tak raya buat saya sekeluarga.. (tak tahu ayat yg bagusnya mcm mana.. =p)

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebabnya ni 1st time kami beraya tanpa arwah atuk & nenek.. (sebelah ummi). Tinggal sorang je nenek (sebelah abi). Tapi saya & adik2 tak berapa rapat dgn nenek abi. Sebab tu raya tahun ni macam tak raya..

Tapi, bukan tu yg saya nak kongsi cerita.. =p

Raya tahun ni, saya paling banyak terima berita kematian dari org2 yg berada di sekitar saya. Semuanya berlaku dekat2 dgn tarikh hari raya, tak kisah lah sebelum ke, selepas ke, atau masa hari raya tu. Ada yg disebabkan kemalangan ketika nak balik beraya di kampung, ada juga yg tidur di malam raya dan tidak bangun di pagi rayanya, dan ada juga yang kemalangan ketika balik dari ziarah raya. Tapi, banyaknya kerana kemalangan.

Apa yg membuatkan saya betul2 terdetik di hati ialah tentang kematian yg tak disangka2.. Betul, setiap yg hidup itu pasti menemui ajalnya yg telahpun ditetapkan di Luh Mahfuz. Tapi, apa yg menjadi persoalannya ialah sejauh mana kita sebagai manusia, khusus sebagai umat Islam bertindak atas perkara ini?

Saya akui setiap kali berita2 kematian tersebut saya terima, setiap itu jugalah darah saya berderau dan jantung saya berdegup laju. Bukan kerana takut, tapi memikirkan saat2 yg bakal saya lalui kelak..

Adakah aku mati dalam Iman? Adakah aku mati sbg syuhada'? Mati aku, adakah ianya sia2 atau memberi manfaat pd yg tinggal? Sempatkah aku bertaubat di atas segala dosa2 yg telah aku lakukan, sama ada sengaja ataupun tidak? Dan yg paling menggetarkan jiwa ialah Adakah kematian aku benar2 di dalam redhaNYA?

Lantas terbayang satu persatu dosa yg telah aku lakukan..Rasanya aku belum cukup bersedia utk dipanggil menghadapNYA..Dan aku tak tahu bila masanya aku akan dipanggil..Bersediakah aku ketika itu? Adakah saat itu aku masih di dalam syahadah?

Semua itu buat saya berfikir, dan terus berfikir.. Bila lagi nak berubah? ALLAH dah tunjukkan satu per satu.. Apakah itu belum cukup utk dijadikan pengajaran?

Bagi saya, Eidul Fitri kali ini benar2 mendatangkan i'tibar buat diri saya..Mungkin sahabat2 menemui i'tibar di bulan Ramadhan kareem..tapi saya menemuinya di saat semua org sedang bergembira menyambut kemenangan..

Dan apa yg penting, saya juga menyeru sahabat2 semua- Ambillah i'tibar daripada semua perkara dan kejadian yg berlaku di sekeliling kita..Moga ALLAH memberikan hidayahNYA..

Seeru 'ala barakatillah..wassalam w.b.t..

~I'tibar di Bulan Kemenangan~

No comments: