Sunday 26 April 2009

Pesta Buku berakhir dgn impian yg indah..

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat study buat semua teman2 dan bloggers yg masih menuntut di mana2 pusat pengajian tinggi.. =)

Penutup pesta buku akhirnya membawa satu kepuasan yg saya nanti2kan.. =) Akhirnya, saya berjaya juga memiliki buku2 yg dihajatkan untuk dimiliki.. (seperti yg telah saya maklumkan pada coretan lepas)..

Pesta buku 2009~ antara senarai buku yg berjaya dimiliki sebagai koleksi peribadi:
1. Dua Wajah: Tahanan tanpa bicara (oleh Dr Syed Husin Ali)
2. ADAM (oleh Ramlee Awang Murshid)
3. Mandatori (oleh Ramlee Awang Murshid)
4. Mikhail (oleh Ramlee Awang Murshid)
5. Bidadari dari Timur (oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah)
6. Rintihan Terpendam (oleh Kenzaburo Oe)
7. Lim Guan Eng: Dari penjara ke tampuk kuasa (oleh Wan Hamidi Hamid)
8. Kemilau peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat (oleh Abdul Shukur & Annual Bakri)
9. Pendidikan Anak-anak dalam Islam Jilid 1 & 2 (oleh Abdullah Nasih Ulwan)

Alhamdulillah.. berkat keinginan yg menggunung utk menambahkan ilmu di dada, saya berjaya juga dapatkan buku2 ini..Untuk pengetahuan, buku2 yg tersenarai di atas bukan shj dari wang saku sendiri.. ada juga dari ehsan orang.. moga2 dgn adanya pertambahan koleksi2 buku peribadi saya ini menambahkan ilmu dan pahala bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk mereka yg turut menyumbang ehsan pada saya.. terima kasih.. =)

Sinopsis untuk setiap buku saya nyatakan seperti berikut..(mungkin boleh dijadikan rujukan teman2 utk mencari buku yg diminati):

Dua Wajah: Tahanan tanpa bicara
Catitan pengalaman Dr. Syed Husin (Timb Presiden PKR, bekas pensyarah antropologi & sosiologi UM) yg ditahan hampir 6 tahun di bawah ISA berikutan demonstrasi pelajar berhubung isu Baling pada tahun 1974.

ADAM
Mengisahkan 1 konspirasi menutup kes kemalangan maut antara seorang anak dan seorang ayah yg sudah lama terpisah, yg kemudian si ayah dituduh sebagai punca kematian si anak. Kes ini yg kemudiannya ada bersangkutan dengan White House.

Mandatori
Menceritakan perihal seorang lelaki yg menyimpan dendam utk menuntut keadilan, yang kemudiannya lelaki itu mencipta mahkamah keadilannya sendiri. Sesiapa yg dibicarakan di mahkamah itu pasti dijatuhkan hukum mati mandatori.

Mikhail
Perihal seorang lelaki yg diasuh oleh rakan niaga ayahnya dan dilatih menjadi pembunuh profesional. Dia memburu dan membunuh musuh2nya kerana dendam lama. Keluarganya telah ditembak mati oleh mereka.

Bidadari dari Timur: Memoir isteri seorang pejuang
Epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama' serta pemimpin berjiwa besar (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang menyentuh hati. Ditulis sendiri oleh Tuan Sabariah (isteri Tuan Guru) dan anak S/U politik Tuan Guru, Ili Sarah Annual Bakri.

Rintihan Terpendam
Sebuah novel yg menceritakan tentang gelora hubungan antara 2 beradik yg kembali ke tanah lahir mereka di sebuah desa di barat Jepun. Tatkala si abang cuba menyelami maksud tragedi yg menimpa rakannya yg membunuh diri dan bayinya cacat, si adik pula berusaha melancarkan pemberontakan melibatkan remaja desa. Perjuangan 2 beradik ini digambarkan sebagai perjuangan menyelamatkan budaya dan ekonomi setempat yg kian kucar-kacir akibat penjarahan usahawan Korea yg digelar 'Maharaja Pasar Raya".

Lim Guan Eng: Dari penjara ke tampuk kuasa
Menceritakan tentang pengalaman Lim Guan Eng bermula dari kejadian beliau ditangkap dan ditahan dibawah ISA semasa Operasi Lalang sehinggalah bagaimana kini beliau boleh menjadi seorang Ketua Menteri. Juga menerangkan tentang fahaman yg menjadi pegangan kepada pemimpin ini dalam usaha beliau mentadbir Pulau Pinang.

Kemilau peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menyorot pelbagai halangan dan dugaan yg dilalui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yg melibatkan diri secara langsung dlm dunia politik dan pemerintahan. Ditulis untuk dijadikan rujukan dan renungan buat semua pejuang2 Islam.


Pendidikan Anak-anak dalam Islam Jilid 1 & 2
Panduan mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Bukan sahaja berguna untuk ibu bapa, tetapi juga anak-anak dan semua umat Islam. Juga bermanfaat bagi non-muslim sebagai panduan kehidupan seharian.

Semoga apa yg dicoretkan memanfaatkan sesiapa jua yg membaca.. sekian..

~ Ilmu itu Harta yang Paling Bernilai~

No comments: