Thursday 11 December 2008

Salam Eidul Adha

Salam..hmm..rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha buat semua teman2 bloggers khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya..
Beberapa hari sebelum menjelangnya hari raya Qurban yang lepas, berlaku beberapa peristiwa yang banyak mengajar saya..

Selesai berprogram pada 3ohb Nov yang lepas, saya kemudiannya dipelawa seorang teman untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Pusat Dialog Peradaban, UM..program untuk belia..

Program tersebut banyak menyentuh soal keagamaan, pegangan ('aqidah), kemanusiaan, dan nilai-nilai moral yang sememangnya berkait rapat dengan tuntutan dalam beragama. Program tersebut bukan sekadar program tetapi ia merupakan suatu kajian yang dibuat oleh Pusat Peradaban Dunia, UM berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan dalam beragama di kalangan belia..

Suatu program yang memang menarik dan sesuai untuk sesiapa yang berkehendak untuk mengenali agama anutan mereka..

Di akhir program tersebut, kami dibentangkan dengan power point presentation berkenaan power of tenth (kuasa 10).. Pengisian ini sgt menarik dan sgt menyentuh hati saya.. Power of tenth ini menyentuh soal kuasa 10 yang diaplikasikan di alam kehidupan kita yg mengaitkan antara makhluk dan Penciptanya..

Kalau saya ceritakan pengisian power of tenth, bimbang ramai yang akan keliru dan tidak faham.. Walaupun sebenarnya saya sgt suka nak orang lain juga tengok ppt tu.. Insyaallah, saya dalam proses mnedapatkannya.. Dah dapat nanti saya publish dalam Bintu Abi..insyaallah..

Hmm..selesai program anjuran Pusat Peradaban Dialog tersebut, saya kembali ke rumah Sumayyah untuk mengambil BFN dan terus pulang ke Shah Alam..

Tapi..sungguh tak sangka.. ALLAH nak uji saya..




Memang benar-benar rasa teruji.. Laptop baru hilang sekelip mata.. Dalam laptop penuh dengan data dan maklumat serta tugasan-tugasan yang dah hampir siap.. Hilang dokumen pengenalan diri dan lesen memandu.. Hilang buku pinjaman perpustakaan alam bina.. Hilang rekod kemajuan pelajar Fakulti Sains.. Dan yang paling teruji dimarahi abi pula.. =(

Tapi, saya tahu itu semua ada hikmahnya untuk saya.. Dan di pagi Hari Raya Qurban, saya tahu mungkin itulah pengorbanan yang terpaksa saya lalui demi meneruskan perjuangan di jalan suci.. Pengorbanan harta dan perasaan..

Semoga semuanya ada hikmah yang tersirat bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat ummi, abi, adik-adik saya, sahabat-sahabat yang mengetahui, dan yang paling penting buat si dia @ mereka yang membuat kezaliman.. Semoga ALLAh merahmati kita semua.. Ameen..

~Pengorbanan Menjelang Eidul Adha~

1 comment:

Pejuang Islam said...

assalamualaikum...salam ziarah...satu pengorbanan yang besar semasa hari raya aidilladha....semuanya adalah ketentuan Tuhan...hadapilh ia dengan ketaatan dan kesabaran...
blog anda amat menarik dengan pelbagai pengisian,.....teruskan usaha...semoga kejayaan menjadi milik anda dunia dan akhirat...amin..:)