Teringat masa mula2 jejakkan kaki di tanah suci Mekah. Masa tu saya kecil lagi, umur saya masa tu baru 6 tahun. Masih bersekolah tadika. Tapi sayang, kenangan masa tu saya tak berapa ingat sangat. Yang paling ingat masa saya dan adik2 saya (Naajihah & Nadhiirah) merengek2 kat ummi dan abi, nak rehat. Penat sangat ulang alik dari Safa ke Marwah. Lepas itu, ummi dan abi pun suruh rehat di Bukit Safa. Kami pun duduk di situ tengok orang ramai ulang alik. Bila ummi & abi selesai, kitorang yang beriya-iya nak bercukur. Kelakar sungguh. Kenangan..
10 tahun kemudian, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke sana. Kalau dulu kami hanya berlima (abi, ummi, saya, Naajihah & Nadhiirah). Tapi kali ini kami pergi bertujuh (tambah Naufal & Aqiilah). Pemergian kali ini memang meninggalkan kenangan yang cukup manis dan banyak untuk saya. Bila diingat2 semula memang rasa nak menangis dan nak sangat ke sana semula.
Diceritakan dari awal perjalanan musafir saya ke tanah suci, masa tu tahun 2004, bulan 5. Masa cuti sekolah, bersiap sedia dengan segala keperluan dan kelengkapan yang akan kami bawa bersama, membeli belah dan sebagainya..
Bila tiba hari kami bertolak, terasa tidak sabar2 untuk sampai. Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang, kami hanya berdoa supaya dapat sampai ke tanah suci dengan selamatnya. Dan alhamdulillah perjalanan selama 9 jam akhirnya berakhir. Kami mendarat di kota Jeddah. Memulakan perjalanan dengan berkunjung ke negeri Nabi, Madinah al- Munawwarah. Sekali lagi dalam perjalanan yang juga mengambil masa 9 jam menggunakan kenderaan biasa.
Nak ceritanya memang penat masa tu.]Ye lah, 18 jam dalam perjalanan. Huh. Kalau ikut kudrat memang tak larat, tapi sebab nak jumpa nabi punya pasal, semua tu tak terasa. Sekali tertidur, kemudian terjaga, ayat yg akan keluar dari mulut ialah..
"Dah sampai ke?"
Itulah yg kerap diulang2, macam orang mengigau pun ada.
Setelah 9 jam di dalam van, akhirnya kami pun sampai. Check in hotel, Hotel Wefadah Azzahra. Seronok sangat sebab hotel tu memang betul2 menghadap Masjid Nabawi. Boleh nampak orang keluar masuk ke masjid. Seronok.
Bila dah selesai angkat barang2 masuk ke bilik hotel, kami berehat sekejap. Tunggu masuk waktu Zohor. Masing2 penat tapi gembira yang amat sgt. Abi bersiap2 untuk Jumaat di masjid, yang perempuan jemaah di hotel sahaja. Kami tak boleh ke masjid, terlalu ramai orang. Terpaksa bagi ruang pada muslimin yang nak bersolat Jumaat.
Hmm.. alangkah kecilnya dunia. Nak tahu kenapa saya katakan begitu? Hari ke-2 di Madinah, di ruang makan hotel. Masa tu saya baru sahaja selesai makan tengah hari. Tengah tunggu family yang lain siap makan. Tiba2 saya terserempak dengan seorang makhluk ALLAH yang memang sangat dikenali. Dzul (Mohd Dzul Aqmal Amin), ketua tingkatan saya waktu itu. Sangat terkejut sebab tak sangka boleh jumpa classmate di tengah2 bandar asing tu. Memang dunia ni sangat kecil.
Tak nak panjangkan kisah tu. Berada di Madinah selama 5 hari memang sangat tidak puas. Ye lah, dalam masa 5 hari tulah kami kena berkejar ke macam2 tempat bersejarah. Tapi yang tak boleh dilupakan ialah ziarah makam nabi di Masjid Nabawi, juga makam sahabat2 nabi. Di sana boleh jumpa macam2 jenis perilaku manusia. Ada yang menangis mengongoi2, ada yang menjerit2. Tak kurang juga yang sopan perilakunya, biasanya orang Malaysia lah tu. (bukan angkat bakul tapi realiti).
Hari terakhir di Madinah memang sesuatu yang sangat sukar untuk dilupakan. Terutama masa buat ziarah wida' ke makam Rasulullah. Sedih..
"Entah bilalah lagi dapat ku bertemu denganmu wahai kekasih ALLAH.."
Setelah selesai melakukan ziarah wida', kami pun bergegas menuju ke Mekah. Lengkap berpakaian ihram, singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat umrah. Untuk makluman kalian, selesai sahaja kita berniat ihram (yakni mengerjakan umrah), maka jatuhlah segala pantang larang bagi orang2 yang berihram. (rujuk mana2 buku feqah utk maklumat lanjut).
Dengan hati yang penuh debaran, di samping mulut terkumat- kamit memuji Ilahi, tak sabar rasanya untuk sampai ke Mekah..
"Tunggu wahai ALLAH, hambaMU dalam perjalanan menujuMU.."
Labbaikallahumma labbaik..labbaikalaa syariika laka labbaik..innalhamda..wanni'mata..laka wal mulk..laa syariika lak..
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8 jam lebih itu benar2 terasa singkat tempoh masanya. Adakah kerna saya terlalu tidak sabar2 untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu sehingga tidak terasa perjalanan yg cukup jauh?
"Apapun aku sudah sampai di tanah suciMU Ya ALLAH. Berkatilah aku, keluargaku & seluruh umat Islam yg berada disini. Semoga amalan kami diterimaMU. Ameen.."
Tak putus2 saya berdoa setelah kami sampai disana. Perkara pertama yg benar2 menyesakkan fikiran saya setibanya kami disana ialah..
"Aku nak tengok kaabah..aku nak tengok kaabah..aku nak tengok kaabah.."
Seolah2 saya tidak boleh berfikir dengan baik selagi saya tidak dapat melihat kaabah. Saya mengintai2 di celah2 pintu Masjidil Haram yang indah & besar itu dari luar hotel tempat penginapan kami. Dan saya nampak.
"Alhamdulillah..syukur..Subhanallah..agungnya ni'matMU..terima kasih Ya ALLAH.."
Setelah itu barulah saya dapat berfikir dengan tenang. Sangat rindukan situasi itu..
Setelah selesai urusan penginapan, kami bergegas menuju ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan urusan umrah pula. Ketika berada di hadapan Babul Umrah, hati sayu. Sungguh tak sangka, ni'mat ALLAH begitu besar bagi saya sehinggakan saya dibenarkan berada di Tanah Suci ini. Syukur Ya ALLAH.. Syukur.. Melihat betapa gahnya bangunan kaabah yang tersergam indah itu, hati bertambah syahdu. Agungnya kuasa Tuhan. Bangunan BaitNYA sahaja sudah mampu membuat aku berasa tenang, apatah lagi DIA. Dalam hati tak lupa berdoa.
"Ketahuilah wahai Tuhan, Engkaulah matlamat hidup matiku. Semoga aku dapat berjumpaMU kelak. Ameen.."
Selesai urusan umrah, kami berjalan2 di sekitar kota Mekah. Melihatkan segala ketenangan yang tercurah di bumi barakah itu, saya langsung terlupa tentang tanah air, Malaysia. Sungguh jauh perbezaan antara dua dunia itu. Jika di Kuala Lumpur, kedai yang berkunci pun boleh dipecah masuk. Berbeza dengan di Mekah, kedai yang terbiar tanpa tuan pun tiada sesiapa yang akan mengambil barang2 di dalamnya. Betapa indah dan aman apabila undang-undang Islam diamalkan.
Hari demi hari berada di Mekah, melaksanakan umrah, berziarah dan beribadah. Satu hari, saya, ummi dan abi, kami Dhuha di masjid. Kebetulan masa tu tak ramai orang yang beribadah di masjid. Saya pun ajak ummi dan abi untuk cium Hajar al Aswad. Selalunya sukar untuk kami buat yang satu tu sebab orang terlalu ramai sehingga batas lelaki perempuan kadang2 tak terjaga. Abi kata jangan kerana nak buat sesuatu yang sunat sehingga melakukan sesuatu yang haram. Jadi, kami pun mengambil kesempatan sementara orang masih belum ramai saat itu. Tiba2 terdengar sesuatu.
"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar.."
Rasa macam kenal suara tu. Di saat saya sedang dihimpit rapat ke tempat letaknya Hajar al Aswad, saya dengar suara itu. Saya menoleh dan alangkah terkejutnya saya. Suara abi rupanya. Abi sedang berjuang bersungguh2 untuk memastikan dirinya dapat menghidu keharuman batu itu. Akhirnya abi berjaya.
Saya dan ummi masih termangu2. Kudrat wanita memang tak mampu untuk merempuh segenap manusia yang sedang berasak2 itu. Tiba2 muncul seorang lelaki yang tegap dan berbadan besar datang menghampiri kami. Orang Malaysia. Dia berjaya membuka ruang di antara orang yang ramai itu & berjaya mencium Hajar al Aswad. Dia yg masih bertahan dengan rempuhan orang ramai, kemudiannya memanggil isterinya untuk turut sama mencium batu tersebut. Tidak semena2, saya bersuara.
"Pak cik, tolong saya. Saya dan mak nak cium juga."
Dalam nada penuh sayu, saya memohon pertolongan lelaki itu. Ternyata ALLAH memudahkan urusan kami. Lelaki itu mengangguk.
"Cepat nak, pak cik jaga. Kamu ajak mak kamu cium sekali."
Betapa saat itu saya mahu menitiskan air mata Betapa ALLAH mudahkan urusan kami.
"Terima Kasih ALLAH.."
Keharuman Hajar al Aswad, ditambah pula pertolongan lelaki itu. Semua itu benar2 menghanyutkan saya dalam 'dunia' yg tiada taranya.
Begitulah keindahan dan ketenangan yang jarang2 diperoleh. Kenangan yang cukup untuk menambahkan rasa cinta padaNYA bila diingat2 semula. Semoga pada 10 atau 5 tahun akan datang saya kembali ke kota Mekah untuk menyuburkan rasa cinta padaNYA.
"Tunggu Mekah, aku datang lagi.."
~Lambaian Kaabah Lambaian Iman~
2 comments:
Syahdunye...
bisa membuatkan mataku berkaca dan menitis jua mutiara itu dek mengenangkan entah bilakah kaki ini akan menjejak ke sana...huhu
syukran atas perkongsian yg amat bermakna...
x sabar rsenye nk melalui pengalaman yg sama...
doakan ye...
Jkkk...
Always pray for u my dear~(^_^)
Post a Comment