Friday, 6 June 2008

Harta manusia paling utama..

5 jun setiap tahun ialah hari penting untuk kita menghargai alam sekitar. Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) atau juga disebut World Environmental Day (WED) telah dilancarkan semasa perhimpunan agung PBB pada tahun 1972. HASS ini disambut bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan masyarakat dunia, juga bertujuan menarik perhatian politik dan tindakan daripada umum.

Setiap tahun, HASS ini membawa tema yang berlainan. tema pada sambutan kali ini ialah menyentuh perihal pencairan ais. "Ais yang mencair- suatu topik hangat?" (melting ice- a hot topic?). tema ini di ambil bersempena melihat kepada kesan- kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti di kutub, kawasan- kawasan lain yang dilitupi ais dan salji, serta kesannya kepada dunia.


Pada tahun ini HASS disambut di bandar Tromso, Norway. Tromso ialah sebuah bandar yang terletak di utara garisan artik dan dikenali sebagai 'the gateway to the Arctic'. Tromso dipilih sebagai tuan rumah sambutan HASS memandangkan ianya sebagai bandar besar yang paling hampir dengan kutub Artik, mempunyai penduduk seramai 64492 orang yang semestinya bertanggungjawab penuh terhadap pelestarian ais di Artik selari dengan tema HASS kali ini.

Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang sambutan HASS ini kerana menyedari peri pentingnya alam sekitar kepada kita. lagi pula, keadaan alam sekitar kita kini yang boleh dilabel sebagai tenat menyebabkan saya rasa bertanggungjawab untuk mengajak semua supaya lebih menghargai dan menyayangi alam sekitar. walaupun isu pencairan ais (tema yang dibawa pada sambutan HASS pada kali ini) tidak begitu relevan untuk diperbincangkan oleh rakyat Malaysia, namun kita masih boleh menanamkan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar kurniaan Tuhan pada kita.

Kita masih boleh memikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan segala bentuk pencemaran yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar. kita juga boleh fikirkan usaha yang boleh kita lakukan untuk sama- sama memelihara alam sekitar walaupun usaha itu sekecil- kecil perkara contohnya buang sampah di dalam tong sampah.

Saya menulis perkara ini bukan semata-mata untuk berkongsi sedikit pengetahuan tetapi saya juga mahu kalian tahu betapa pentingnya alam sekitar kepada kita. betapa sebenarnya alam sekitar ini tanggungjawab kita semua yang bergelar manusia, bukan hanya terletak di bahu orang-orang alam sekitar.

Islam juga mengajar kita supaya menghargai alam sekitar pemberian Ilahi. sesungguhnya semua ini hanya pinjaman. Allah ada berfirman yang lebih kurang bermaksud "sesungguhnya alam dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri" (kalau ada yang perlu diperbetulkan, sila maklumkan). jadi, sama-samalah kita menjaga dan memelihara alam sekitar kita.

Sayangilah alam sekitar sebagaimana kita menyayangi keluarga kita..


p/s: untuk ikuti program-program yang diadakan oleh JAS (DOE) sempena sambutan HASS, sila lawati

http://www.doe.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2544&Itemid=2&lang=en


~Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Semua~

No comments: