Saturday 14 November 2009

Al-Faatihah buat arwah Nurul Zalikah Bt. Mohd Zan

13 Nov 2009

0700
Teman2 di rumah tumpangan ajak makan sarapan di luar, sambil bincang2 tentang gerak kerja Islam. Tapi saya rasa keberatan. Mungkin sebab jam 3 nanti ada exam, cadangnya mahu study. Akhirnya tidak mengikuti mereka. Hanya mengirim pesan.

0940
Menuju ke main library. Nak fokus study utk persiapan terakhir. Walaupun rasa sedikit tidak gembira. Tak tahu kenapa.

1100
Badan terasa sengal-sengal sehingga menangkap di kepala. Kepala rasa pusing dan berdenyut2. Sukar benar untuk tumpu dan perah otak utk baca nota 'Pembangunan Mapan'. Tak tahu kenapa. 'Agaknya aku lupa syukur hari ni,' bisik hati.

1200
Tak tertahan rasa. Seperti mahu tersembul biji mata. Akhirnya mengambil keputusan utk rehat sebentar. Kaki melangkah ke lab comp. Jari jemari menari di atas papan kekunci. Sekadar search yg ringan2.

1300
Meneruskan kembali bacaan. Cuba menghabiskan bacaan yg bersisa. 'Ya ALLAH, mohon dipermudahkan urusan.'

1400
Kaki mula melangkah keluar dari main library, menuju ke surau KPS. Solat Zuhur. Exam di DTC, tepat jam 3. Masih berbaki 30 minit utk sampai ke sana tepat jam 1430. Kepala masih berdenyut, malah makin rancak.

1500
Exam bermula. 'Ya ALLAH, permudahkan urusanku, tenangkan hatiku, redakan sakitku, ilhamkanlah aku sedikit dari ilmuMU. Mudah2an aku dapat menjawab exam dgn baik.'
Kepala masih berdenyut. Sukar benar mengingati apa yang telah dibaca dan difahami. Akhirnya, pasrah dengan jawapan yg mampu diberikan.

1700
Keluar DTC dgn sedikit kecewa. Namun, apa nak dibuat. Tiada daya melainkan dgn izin DIA. 'Aku bertawakal pada MU, Ya ALLAH.'

1730
Setelah solat Asar, teman datang menjemput. Masuk kereta dan terus dikhabarkan dgn berita duka. Kak ika telah pulang dijemput DIA. Terpana seketika. 'Innalillah wa inna ilaihi raaji'uun.' 'Apakah ini petanda aku sakit sedari awal pagi tadi? Wallahu'alam,' bisik hati.

1800
Berbekal sehelai sepinggang, terus bergegas menuju ke Johor Bahru. Atau lebih tepat ke Pasir Gudang. Jam 2200 baru tiba. Sedikit terkilan, tidak sempat melihat arwah. Hanya doa yg mengiringi. Bermalam di Taman Rinting utk ziarah kubur esoknya.

14 Nov 2009

0900
Tiba di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang. Mencari lot kubur bernombor 422. Setelah berjumpa, bacaan Yaasin berkumandang sayup2 diiringi esak tangis. Seusai itu, kembali ke Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan pulang..
'Ya ALLAH, Kau tempatkan lah Kak Ika bersama2 mereka yg soleh. Dia seorang yg bersyukur ya ALLAH.'

Alhamdulillah, Kak Ika kembali dlm keadaan yg baik. Di hari Jumaat, selepas selesai menguruskan diri, menghadap kiblat sambil mendengar ayat2 suci. Mungkin ini adalah hadiah buat mereka yg bersyukur.

'Aku?' Saya tersentak.
'Bagaimanalah perginya aku nanti. Baikkah? Burukkah?' hati berbisik lagi.
'Ya ALLAH, jadikan aku dari hamba2 MU yg bersyukur.'

~Syukur itu petanda cinta kita padaNYA~

1 comment:

Mohd Hafizan Mazuki said...

semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman