Lama juga saya tinggalkan Bintu Abi..
Lepas hantar proposal tadi rasa ringan sikit..
Hmm..rasa x sabar2 nak turun ke tapak pembinaan, nak selesaikan projek saya tu..2 sem utk siapkan projek bukanlah lama sgt..
Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 2..tinggal lagi mcm mana saya mesti atur hidup saya sebaik2nya..spy semuanya berjalan lancar..jgn ulang sejarah lalu..serik..
Hmm..beberapa hari sebelum ni, hangat juga cerita ttg MB Selangor, Dato' Khalid yg buat kenyataan ttg 10% bukan bumiputera diperuntukkan ke UiTM tu..
Tapi, saya bukan nak merespon ttg itu..
Apa yg saya cuba nak kongsi dgn kawan2 ialah ttg orang Melayu tu sendiri..
Org Melayu di Malaysia..hmm..kalau diikutkan memang beruntung jadi org Melayu di Malaysia ni..banyak keistimewaan yg akn kita dapat..kiranya org Melayu di Malaysia ni takkan hidup melarat, takkan dipinggirkan.. (hmm..betul ke?)
Berbeza dgn bukan Melayu atau lebih dikenali sebagai bukan bumiputera (non-bumi)..mereka ni tak sebertuah org2 Melayu..tak semua peluang terbuka atau dibukakan utk mereka..mereka perlu bersaing utk terus hidup dan mendapat ruang dan peluang..
Kadang2 saya rasa kita berlaku zalim..masih tidak praktikkan keadilan dlm sistem2 yang kita amalkan..
Sampai bila kita nak harapkan peluang datang bergolek..sampai bila kita nak jadi bangsa yg kena tunggu disuap?
Bila kita nak jadi bangsa yang sentiasa mengejar peluang, bukan menunggu peluang? Bila kita nak belajar menghargai sesuatu yg kita peroleh?
Saya ada juga terfikir..kadang2 peluang atau hak keistimewaan yg diberikan kpd org Melayu ni lebih menjatuhkan org Melayu tu sendiri..dan lebih meningkatkan prestasi bukan Melayu..
Yela..kalau kita tgk sekarang..mereka yg bukan berbangsa Melayu terpaksa berusaha lebih utk memastikan mereka antara yg dominan utk mendapat hak yg hampir sama dgn Melayu..
Terfikirkah kita..?? Kalau sampai tahap itu mereka terpaksa memajukan diri dan bangsa mereka, bukankah kita yg rugi..??
Kalau kita lihat saja pada kemasukan ke IPTA/S di Malaysia ni..
Peratus Melayu yg berhak utk masuk ke IPTA/S adalah yg tertinggi..sgt berbeza dgn peratus kemasukan bukan Melayu.. Kalau dijumlahkan peratus utk kedua2 kaum India dan Cina, belum tentu peratusnya melebihi peratus org Melayu..
Merujuk pada kemasukan baru2 ni, peratus kemasukan Melayu ke seluruh IPTA ialah 62.19%. Manakala Cina sebanyak 30.97% dan India pula sebanyak 6.84%..
Tetapi sayang..memang peratusan utk Melayu masuk ke IPTA/S adalah yg paling tinggi.. Tapi kalau dilihat dari segi keputusan peperiksaan yg melayakkan masuk ke IPTA/S, Cina dan India lebih cemerlang berbanding Melayu..
Tak percaya?? Tapi itulah sebenarnya yg berlaku..kadang2 keputusan org Melayu ni biasa2 saja..berbeza dgn Cina dan India.. Keputusan peperiksaan mereka selalunya cemerlang..
Kenapa ini berlaku..?? Sebab org Melayu merasakan mereka mempunyai peluang istimewa walaupun mereka hanya berusaha sekadarnya shj.. Tidak bagi yg bukan Melayu.. Mereka terpaksa kerja keras utk memastikan mereka dapat peluang..
Kalau difikir2kan..
Inilah yg menyebabkan Melayu kita ni mundur..tak pandai berdikari, tidak berinisiatif, usaha ala kadar, dll yg banyaknya negatif..
Tidak bg bukan Melayu.. Mereka akan berusaha lebih gigih utk memajukan diri, bangsa dan agama mereka.. Lebih berinisiatif, pandai berdikari, pandai mencari peluang dan sbgnya yg lebih positif..
Kita sedang menjatuhkan bangsa kita sendiri..dgn hak2 dan keistimewaan yg kita dapat..
Org Melayu, kalau timbul persoalan ttg kesamarataan hak dgn bukan Melayu.. pastinya kita akan melatah dan bangkit konon2nya nak pertahankan hak Melayu.. Kenapa ini berlaku?
Sebab kita tahu kalau itu berlaku kita akan hancur, musnah dan binasa..betul tak?
Kenapa kita org Melayu rasa begitu..?? Sebabnya kita tahu bangsa kita macam mana kan..?? Malas usaha lebih, dengki mendengki, tak berdikari, terlalu bergantung harap pada org lain, tak berinisiatif..
Hmm, saya bukan menulis atas dasar saya ni anti Melayu.. Tapi sebab saya sayangkan bangsa saya.. Saya nak kita semua bangkit dari kesenangan yg kita ada..
Lihat saja pada sejarah kita dulu.. Nenek moyang kita berusaha keras utk kita semua dapat rasa kesenangan hari ini.. Apakah kita melupakan jasa itu?
Jadinya, untuk menjadi bangsa yg bersyukur, kita kena juga berusaha keras utk memastikan kelangsungan hak keistimewaan kita berkekalan sehingga ke hujung generasi kita.. Majukan diri.!! Bangun dari lena yg pjg..!!
Sebab perundangan Malaysia melihat kpd hak istimewa org Melayu.. Bukan org Islam..
Kalau Islam, sudah tentu kita akan lebih terbela.. selagi kita berpegang pada ajaran Islam, kita akan dpt hak dan keistimewaan kita.. Walaupun kita bukan berbangsa Melayu..
Lihat saja pada anak muda Melayu sekarang.. terlalu sedikit yg mempunyai rasa sayangkan bangsa.. lihat saja di jalanan..
Kemungkinan kita akan dapat pertahankan hak Melayu itu tipis jika bergantung pada generasi muda sekarang..
Berbeza kalau kita perjuangkan hak Islam.. ramai lagi bangsa lain yg Islam yg akan sama2 perjuangkan hak kita..
Fikir2kanlah..
Mungkin kita boleh gubal perlembagaan Malaysia suatu masa nanti.. jika difikirkan perlu..
Sekian..
~Majulah Melayu untuk Islam~
1 comment:
alhamdulillah, mujur saya ada darah siam sikit..huhu..
jgn marah kak..
Post a Comment