Selepas selesai edar borang kaji selidik tentang projek pengurusan sisa, saya ambil kesempatan utk mengetahui segala isi hati warga setempat ttg apa yg sedang berlaku di negara kita sekarang..
Sangat menarik..
Yela..selalunya kita hanya tahu apa yg kita rasa..kita tak tahu apa org lain rasa..bila selalu kongsi macam ni, barulah pemikiran kita lebih maju dan terkehadapan..
Tadi, selesai soal jawab dengan seorang warga India..(pangkat datuk rasanya..) saya mula buka perbincangan dgn keputusan pilihanraya di Permatang Pauh..
Terus dgn lancar uncle ni respon ttg kerajaan BN..hmm..macam2 la yg dia tak puas hati.. Biarlah jadi rahsia antara saya dgn dia..tapi, apa yg penting dia ada sebut.."Anwar menang lagi manyak bagus.."
Bila soal Permatang Pauh yg diperbincangkan, sudah tentu segala isu yg berkaitan juga turut dibicarakan.. Antaranya isu sumpah..
Hmm..saya agak terkejut juga pada mulanya..
Baru terbuka minda..hmm..uncle tu tahu jumlah surah dalam Al-Quran.. (memang terkejut sgt..saya je kot mcm tu..)
Dia sgt2 tak bersetuju dgn sumpah yg dibuat oleh segenap manusia sejak kebelakangan ni..katanya seolah2 mencemarkan kitab suci.."mana boleh kasi kotor sama itu benda suci..bukan AlQuran saja, org Hindu punya juga.."
Selesai bertalu soal sumpah, masuk pula pada isu 10% UiTM..lagilah hangin uncle tu..siap angkat kerusi mendekati saya..mula2 macam takut jugak, yelah isu perkauman..
Katanya, konon kerajaan nak membina negara bangsa..tapi soal remeh temeh macam tu pun masih belum bersedia untuk menerima..
"Negara fanatik tak boleh maju.."celah seorang lagi uncle yg sama2 duduk di situ.. Mereka membandingkan Malaysia dgn negara maju spt Amerika..konon2nya Amerika lebih maju kerana mereka tidak mengamalkan fanatik bangsa & agama..
Saya melontarkan pandangan saya..Malaysia ni bukan fanatik agama pun, tapi fanatik bangsa.. Tengok saja layanan terhadap India Muslim atau Cina Muslim..walaupun mereka beragama Islam, tetapi masih timbul soal diskriminasi..mereka masih tidak mendapat hak yg istimewa..
Sebab perlembagaan ataupun budaya di Malaysia ini, yang istimewa adalah Melayu..bukan Islam..inilah buktinya Malaysia ni fanatik bangsa..
Tapi bila difikir2kan semula, bukan Malaysia sahaja yg fanatik bangsa..banyak lagi negara di luar sana yg juga fanatik bangsa..(walaupun mereka kata tidak)..bukan sekarang baru isu ini timbul, malah sejak berkurun lalu..
Masih ingat perkataan Assobiyah yg selalunya sinonim dgn bangsa Arab? Ini juga suatu bentuk fanatik bangsa..
Dan saya percaya perkara ini masih lagi berlegar di antara bangsa2 yg wujud di dunia ini..
Cuba kita imbas dan kenang kembali apa yang pernah berlaku di kalangan negara Arab baru2 ini..di Iraq, Iran, Palestin..yg selalunya saja dikhabarkan dgn berita peperangan..
Di mana kerajaan Arab Saudi, di mana Malaysia (yg kononnya negara Islam)..??
Kenapa tidak sama2 berjihad membantu saudara seIslam kita? Sebab mereka bukan dari bangsa kita..walaupun Arab Saudi bangsa serumpun dgn mereka, tapi masih lagi wujud ketaksamaan bangsa.. (macam Malaysia dan Indonesia, kita bangsa serumpun..bangsa Asia tapi masih bukan satu bangsa Malaysia atau bangsa Indonesia..)
Hmm..kalau kita berpegang pada agama, insyaalllah kita akan lebih makmur dan Islam juga bertambah kuat..
Selesai berbicara soal bangsa, saya mohon undur diri.. betapa berbahasanya uncle itu sehingga memohon maaf kalau ada perkataan dia yg mengguris hati saya..
Itulah satu2nya yang saya suka dengan bangsa Malaysia..berbudi bahasa di mana sahaja dan dgn siapa jua.. =)
~Malaysia Baru 16 September~
No comments:
Post a Comment