Wednesday, 16 July 2008

Ekspo Buku DBP

Alhamdulillah..akhirnya saya dah buat keputusan! Saya akan teruskan dengan projek di bawah seliaan Dr. Rozainah Mohd Zakaria..

Seminggu yang lalu saya kebuntuan dan keliru sama ada untuk teruskan sesi pengajian kali ini dengan projek atau tinjauan bacaan. Segalanya terjawab selepas saya menghadiri taklimat tinjauan bacaan semalam.

Tetapi, bukan soal itu yang menyebabkan saya kembali menulis dalam Bintu Abi setelah sekian lama menyepi. Ada perkara lain yang mendorong saya untuk menulis.

Setelah selesai menguruskan perihal projek, saya tergerak hati untuk menjengah Ekspo Buku DBP yang diadakan di tempat parkir kereta KPS. Memang ada berniat untuk berkunjung ke sana sejak pertama kali ianya di buka, cuma masa kurang mengizinkan. Dan hari ini saya berkesempatan ke sana.

Apa yang benar2 menyentuh hati ialah bila mana saya melangkah sahaja ke dalam khemah ekspo tersebut, mata saya tertumpu pada sekujur tubuh yang tegak berdiri berhadapan meja yang tersedia di atasnya kamus2 yang pelbagai. Mungkin kalian tertanya2, "Apa yang pelik sangat kalau orang itu duduk membelek kamus2 yang ada di situ kalau benar tujuannya untuk membeli?"

Bukan pelik, tetapi tersentuh hati kecil saya. Sekujur tubuh yang saya maksudkan tersebut bukanlah seperti manusia kebiasaannya. Dia adalah antara yang dikurniakan pandangan mata hati yang cukup halus dan tajam yang mana manusia biasa yang sempurna tidak memilikinya.

Dia, seorang mahasiswa yang kurang upaya matanya. Yang perlu bergantung pada sebatang tongkat untuk berjalan. Memang cukup tersentuh.

Bagaimana seseorang yang kurang keupayaannya tetapi masih gagah mengarahkan diri untuk turut sama hadir ke ekspo tersebut. Alangkah kurang bersyukurnya kita yang dikurniakan sepasang mata yang cantik andai ianya tidak dimanfaatkan dengan baik.

Setelah terlihatkan semangatnya yang luar biasa itu, hati kecil saya tertarik untuk membeli beberapa naskhah buku untuk dijadikan bacaan di masa senggang.

Puas membelek, akhirnya mata saya tertumpu kepada sebuah buku lama yang kendungannya mungkin masih menjadi rujukan sehingga sekarang.



Sudah lama saya mencari buku2 sedemikian.
Buku berkenaan falsafah2 politik dari individu tertentu yang berlainan aliran pemikirannya.

Mulanya terlintas untuk membeli sebuah buku dahulu.

Kerana khuatir sekiranya membeli terlalu banyak, saya tidak berkesempatan untuk menghabiskannya.

Tetapi tidak lama selepas itu, pantas mata saya tertangkap pada sebuah buku yang menyebabkan saya berubah fikiran.



Buku ini penting buat saya memandangkan projek yang akan saya laksanakan adalah berkaitan dengan kesihatan & keselamatan di tapak pembinaan.
Jadinya, saya mesti beli.

Kemudian, mata terus mencari sehingga terpandangkan sebuah lagi buku yang benar2 menarik minat saya.
Tentang seorang tokoh.


"Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik"
[picture cannot be upload]

Buku ini banyak mengupas tentang kegiatan politik dan jatuh bangun Dr. Burhanuddin dalam perjuangannya. Menarik.

Kisah hidup beliau bermula dari zaman remajanya sehingga namanya tercatat di dalam sejarah.

Setelah itu, saya berkira2 untuk tidak meneruskan pencarian lagi.

Bimbang akan ada lagi buku2 yang akan menarik perhatian saya.

Bukan kerana kedekut, tetapi wang saku ketika itu hanya cukup untuk 3 buah buku tersebut sahaja.

Setelah selesai membuat pembayaran, saya pun bergegas keluar untuk segera pulang.

Tertanam di hati untuk lebih rajin membaca.

Bukan hanya sekadar menambah ilmu pengetahuan tetapi itulah tanda kita ini hamba yang bersyukur.



~Membaca Itu Tanda Syukur~

1 comment:

aqil mubashshir nuruddin baharudin said...

salam, ksmpatan buka la blog saya...