Sunday, 29 June 2008

Sejahtera bersama PMIUM

Sejahtera bersama PMIUM..

Apa itu Sejahtera?

Menurut kamus dewan, sejahtera membawa maksud aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat.

Apa pula PMIUM?

PMIUM atau nama panjangnya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ialah sebuah persatuan yang berperanan dlm menyebarluaskan da'wah Islam kepada seluruh penghuni Uni Malaya terutamanya mahasiswa.

Kenapa sejahtera bersama PMIUM?

Kali pertama saya berdaftar sebagai ahli PMIUM ialah ketika minggu promo pada tahun 2006. Penyertaan saya ke dalam PMIUM kerana ia adalah satu-satunya persatuan mahasiswa di Uni Malaya yang bertunjangkan Islam. Ditambah pula dengan ahli-ahlinya yang mesra rakyat menarik perhatian sesiapa jua untuk berdaftar sebagai salah seorang daripada keluarga PMIUM.

Pada permulaan bergelar ahli PMIUM tentunya tidak banyak yang boleh saya sumbangkan. Tambahan pula status saya ketika itu yang masih baru dan kurangnya pengalaman2 berpersatuan di kampus. Tetapi, saya mula belajar sesuatu apabila kerap kali hadir ke program2 PMIUM dan terlibat dalam membantu menjayakan program secara tidak langsung.

[Sejahtera apabila saya dapat belajar sesuatu daripada PMIUM]

Qurban '07. Buat pertama kalinya dilantik menjadi setiausaha bagi menggantikan seorang sahabat benar2 memberikan saya pengalaman dan pelajaran yang sangat berharga. Menjadi salah seorang dari Majlis Tertinggi program PMIUM yang 'grand' bukan mudah. Terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuh.

[Sejahtera apabila mendapat pengalaman bekerja di 'post' yang baru]

Tiada pengalaman berkhidmat sebagai setiausaha sewaktu di bangku sekolah menyebabkan saya terpaksa belajar banyak perkara sebelum semuanya menjadi lancar. Alhamdulillah, walaupun saya masih baru dalam tugasan ini ALLAH memberi ilham dan kekuatan yang luar biasa yang akhirnya memudahkan saya menjalankan amanah yang diberikan.

[Sejahtera apabila dikurnia ALLAH ni'mat yang luar biasa]

Qurban '07 yang kebetulan jatuh pada tarikh cuti mahasiswa UM menyebabkan kami benar2 kekurangan kakitangan untuk sama2 menjayakan program tersebut. Teringat di suatu ketika saya terpaksa berperanan sebagai Timbalan Pengarah, juga di waktu yang sama terpaksa menggantikan bendahari serta ketiadaan Pengarah lantaran ada urusan yang lebih penting ketika itu, cukup mengajar saya tentang pengurusan dan keserapan tekanan.

[Sejahtera dengan ilmu dan skill baru yang diperoleh]

Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan pandai menunggang motosikal. Tetapi disebabkan penangan Qurban '07, saya belajar menunggang dan akhirnya berjaya. Satu malam belajar di KK11 dan malam yang sama juga saya sudah boleh meronda di sekeliling UM membawa teman dibelakang. Suatu pengalaman yang benar2 bermanfaat buat saya.

[Sejahtera dengan keberanian yang muncul secara luar biasa]

Sehingga kini, PMIUM sudah banyak mengajar saya tentang selok belok kehidupan seorang mahasiswa Islam. Program2 yang dianjurkan sedikit sebanyak mengajar saya tentang tarbiyah Islam. Pendekatan2 yang digunakan menunjukkan nilai da'wah Islam yang sebenar. Pembawaan nilai2 Islam dalam pilihanraya kampus, perhubungan yang baik dengan mana2 badan persatuan, NGOs dan lain2 menggambarkan siyasah Islam yang dibawa oleh PMIUM.

Keintelektualan yang diperkenalkan oleh PMIUM mengajar saya tentang apa sebenarnya tuntutan ilmu. 5 Budaya Pengamalan PMIUM -Kita adalah Daie, Akhlak keutamaan kami, Budaya ilmu amalan kami, Ukhuwah tautan kami dan Sunnah ikutan kami- benar2 mengajar saya erti hidup sebagai seorang mahasiswa Islam yang sejati.

Bijak, Berani, Berdikari. Suatu pendoktrinan yang baik yang merangsang saya dalam segenap aspek kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Tema yang dibawa oleh Hewi PMIUM ini sedikit sebanyak menggalakkan mahasiswi UM supaya lebih terkehadapan dan mampu bersaing sama dengan mahasiswa. Tema ini juga saya lihat mampu mencetus suatu revolusi baru dalam era kebangkitan mahasiswa kini.

Terlalu banyak yang saya peroleh sepanjang saya menjadi sebahagian daripada keluarga PMIUM. Pengalaman, ilmu, skill, persaudaraan, kasih sayang, dan pelbagai macam lagi yang saya peroleh sepanjang saya bergelar ahli PMIUM. Semua itu cukup berharga. Semua itu cukup bermakna. Semua itu cukup untuk membuat semua orang sejahtera.

~Sejahtera bersama PMIUM~

1 comment:

buhayrah said...

assalamualaikum

nabiil sambest yeh?

hoho...surf2, terjumpa blog.
mabruk, moga PMIUM terus maju dan sejahtera buat mahasiswa UM.

jemput ke www.permaijordan.com

-ayman-