kali ni saya nak tulis tentang 'My Man'. bila bercakap soal my man, tentu ramai yg secara spontannya terlintas ttg lelaki idaman yg menjadi pujaan hati..betul la tu..cuma versi yg akan saya bawa hari ini berbeza sedikit dgn apa yg biasa ada dlm minda manusia biasa..
anak kelahiran kampung baru, kuala lumpur yang membesar dalam suasana yg penuh dgn sejarah..sejarah2 itulah yg byk mengajar dan membimbing abi sehingga mencapai satu nilai hidup yg cukup bermakna..dimulakan cerita..abi ialah anak kelahiran hasil perkahwinan antara arwah Salleh B. Said dan Fatimah Bt. Abdullah..anak ke-6 daripada 6 org adik-beradik atau mudahnya anak bongsu..anak lelaki yg ke-4 dlm keluarga..arwah atuk saya dulu bekerja dgn kerajaan..dlm bidang kehakiman kalau tak silap saya..nenek pula kerani kilang rokok masa tu..kalau hidup zaman tu keluarga abi ni dah dikira sbg mewah la jugak..duduk plak kt KL..
tapi..sepanjang pengetahuan saya yg terhad ni,abi tak pernah rasa hidup mewah dan senang lenang seperti yg digambarkan..dia terpaksa menyara hidupnya sendiri ekoran arwah atuk dan nenek terlalu sibuk dgn kerjaya masing2 sehingga tiada masa yg diperuntukkan utknya..senang cerita, abi dibesarkan dan diasuh oleh mak sedaranya..yg ketika itu hidup dalam serba kekurangan..tak macam arwah atuk dan nenek..sehinggakan abi terpaksa bekerja utk menampung kehidupan keluarga mak sedaranya itu..dia juga terpaksa bekerja utk membayar segala yuran pengajiannya pada masa tu..dan semua ini tak sepatutnya terjadi padanya memandangkan keluarganya dari golongan yang agak senang..tp itulah realiti yg melanda hidupnya..
apa yg menyebabkan saya begitu mengagumi abi ialah ttg kehidupannya..kalau kita lihat remaja sekarang ni..kalau yg terbiar tanpa kasih sayang keluarga tu, tentunya tak jadi orang..tapi abi tak begitu..malah hidupnya itu mengajar dia untuk terus mencari dan mengenali Tuhan yang mentakdirkan semua ujian tersebut untuknya..sangat syahdu..dalam keadaan abi yg ketika itu tidak dibesarkan dengan ilmu agama, tanpa kasih sayang mak ayah, dan dugaan hidup yg cukup menguji..abi masih mampu mencari sesuatu yg pasti dan jelas matlamatnya..iaitu ALLAH S.W.T..
abi mula kenal islam adalah melalui usrah..dgn usrah lah dia membina kekuatan melalui ukhuwwah yg terjalin sesama sahabat2 seusrah..dan bermula di sini jugalah abi mula mengenali ummi..juga daripada penangan usrah..itupun melalui sahabat2 nya..abi ni pemalu orgnya..kalau tak dicadangkan oleh kawan2nya, entah masih bujang lg agaknya sekarang ni.. =) jgn marah ye abi..nnt cepat tua..
tapi sepemalu-pemalu abi pun, dia sebenarnya seorang yg sgt tegas..terutama dgn prinsip-prinsip yg menjadi pegangan & panduannya..lebih2 lagi prinsipnya dalam soal halal haram especially for food..sgt menjaga..dan saya sgt kagum..kalau makan kat luar ni, bukan kat tempat yg sebarangan..senang cite abi kurang suka makan luar..selalu ummi akan masak sbb ummi pun dah kenal abi mcm mana..mujur dapat ummi yg memang pandai memasak..kalau dapat isteri mcm saya ni alamatnya terpaksalah abi longgarkan sikit prinsipnya tu.. =P pernah abi tegur saya sbb ms tu saya beli nasi lemak dari kedai sorang makcik ni..sy tny kenapa.?? rupa2nya dia tak kasi sbb makcik itu tak menutup aurat..ok..baru sy faham..abi mmg jg bab makan ni sbb katanya dari sumber makanan lah terbentuknya hati..kalau main belasah je makan papepun, hati pun belasah jelah nak jadi papepun..
lagi yg kagum ttg abi..bab2 rohani..sgt teliti dan prihatin..kalau kita solat yg fardhu bg kita ada 5, tapi tak utk abi..solat fardhu bgnya ada 6..satu lg tu, solat dhuha..abi mmg tak pernah lupa solat dhuha..dah jd mcm wajib bgnya..kalau tak buat berdosa besar..agaknya sbb itulah ALLAH selalu murahkan rezeki abi (ameen..)..kami sekeluarga yg terkena tempiasnya..puasa sunat isnin khamis dalam tiga bulan yg utama tu (rejab, syaaban, ramadhan) pun menjadi kewajiban bgnya..
kalau nak cerita semua mmg tak cukup ruang & masa..tp itulah antara faktor yg menyebabkan saya begitu mengagumi abi..and kalau diberi peluang pada saya utk memilih pengganti kuasa abi, saya berkeinginan mencari insan sedemikian rupa ataupun lebih baik darinya..apapun abi ialah my first man in my life..
~Lelaki ialah Penggerak Utama Keluarga yang Baik~
No comments:
Post a Comment