Monday, 10 March 2008

Tsunami 8 Mac di Malaysia

26 Disember 2004 menyaksikan rakyat Malaysia dilanda malapetaka besar yg tak diduga, TSUNAMI. Banyak perkara dan peristiwa hitam yg telah meninggalkan kesan yg mendalam kpd seluruh rakyat Malaysia amnya dan mangsa tsunami khususnya. Bukan shj mengalami kemusnahan secara fizikal tetapi juga secara mental dan emosi. Ini semua telah tercatat dalam Diari sejarah Malaysia.

Dan sekali lagi, Malaysia telah mencatat sejarah dalam diarinya iaitu pd 8 mac 2008- TSUNAMI kali kedua. Tsunami yg melanda Malaysia kali ini lebih besar gelombangnya berbanding 4 tahun lalu. Kalau dulu Tsunami hanya melanda beberapa kawasan, tetapi kali ini tsunami telah melanda beberapa parlimen dan negeri. Petanda apakah itu??

Jikalau dulu ada desas-desus yg mengatakan tsunami datang sebab rakyat lupa diri, banyak buat noda. Kali ni?? Orang kata kerana dosa & noda pemimpin2 Malaysia..betulkah??

Walau apapun jua pandangan org berhubung isu ini, saya juga dgn pendapat saya yg tersendiri. Seperti yg semua maklum, Malaysia sudahpun merdeka sejak 50 tahun dahulu. Kini Malaysia sudahpun tersenarai sebagai salah satu negara yg sedang membangun. Dan untuk kesekian kalinya Malaysia sudahpun menjalankan sesi pemilihan pemimpin melalui sistem pilihan raya buat kali yg ke-12.

Kalau kita imbau kembali bagaimana sejarah pilihan raya 49 tahun dahulu, kebiasaannya UMNO akan mendominasi sekian banyak kerusi yg dipertandingkan. Kerana apa? Dahulu UMNO dianggap sbg wira negara. UMNO yg kononnya byk berjasa apabila berjaya membawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu. UMNO lah penyelamat bangsa. Bukan shj bangsa Melayu, tetapi Cina & India juga.

Tetapi sayang, itu sejarah 49 tahun dahulu. Kini, kita sudahpun berada 50 tahun ke hadapan. Byk perubahan demi perubahan yg sudah berlaku dan sepatutnya berlaku. Tak kiralah sama ada berubah ke arah yg lebih baik atau sebaliknya. Begitu juga dgn UMNO. Generasi penerajunya sudah tentu shj bukan lg pejuang2 yg sama yg bertungkus lumus utk membebaskan rakyat dari penjajahan. Peneraju UMNO kini sudah tentu ada agenda tersendiri. Takkan masih dgn matlamat yg sama dgn 50 tahun dahulu.

Cuma apa yg menjadi persoalan di benak pemikiran saya ialah apakah mesti UMNO juga yg menjadi peneraju utama negara walaupun mereka sudah tidak lagi berjuang bermati-matian untuk membela nasib rakyat seperti UMNO 50 tahun dahulu??

Rakyat kini perlu sedar..kita sudah 50 tahun merdeka. Kita punyai hak kita sendiri dlm memilih siapa yg layak utk mentadbir negara kita. Jgn terkongkong dgn minda pemikiran yg lama, pemikiran 50 tahun dahulu. Kalau UMNO perlu melakukan perubahan, maka mereka mesti berubah. Berubah atas dasar apa?? Atas dasar dan permintaan rakyat. Tetapi kalau mereka tidak mahu terima sebarang nasihat dan cadangan utk berubah, maka rakyat ada kuasa utk merobah mereka.

Dan saya percaya, rakyat kini lebih matang dan berani dlm membuat keputusan siapakah yg selayaknya berada di tampuk pemerintahan negara. Dan kerana itu jugalah TSUNAMI 8 Mac ini terjadi. Sama2 lah kita mengambil iktibar dan hikmah atas apa yg telah ditakdirkan ALLAH utk ianya berlaku.

~Maju Malaysia kerana Pilihan yang Tepat~

No comments: