Saturday, 5 January 2008

Erti Hidup

Kenapa kita dilahirkan? Saya pasti tentu banyak jawapan yg akan diberi/ dikeluarkan. Mungkin salah satunya adalah sebagai hamba Allah, sebagai khalifah mungkin, penguasa seperti Niccolo Machiavelli, born to be a leader maybe, penerus generasi keluarga ke, penyampai harapan keluarga ke, dan lain2 yang macam2 dan pelik2. Apapun individu yang dilahirkan mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa itu kehidupan. Saya pun. And I think You too.

Kenapa saya dilahirkan? Jawapan yang tepatnya hanya ALLAH yang benar2 mengetahui. Cuma kadang2 saya rasa saya dilahirkan untuk merasakan diri saya berTuhan sepenuhnya. Sebab itu juga kadang2 saya rasa saya tak perlu bergantung pada org lain sangat untuk saya rasa bahagia dengan hidup saya. Cukup ALLAH bagiku. Hasbii Rabbi jallALLAH..

Hmm..mungkin ada yang akan kata saya ni extreme, tak logik dll. But, that's what I feel. Manusia dilahirkan tak sempurna. Macam saya. Sebab itu saya berkeinginan pada yang lebih sempurna. Dan saya rasa semua maklum, tiada yang maha sempurna melainkan DIA. Bukan saya nak pada kesempurnaan itu sebab saya suka, tapi di situ lah saya jumpa ketenangan & kebahagiaan hakiki. Di situ juga lah saya lebih kenal siapa saya, banyak me'muhasabah'kan diri saya dan yang paling penting saya tahu kenapa semua makhluk diciptakan. Bila saya tahu semua ini, saya akan boleh terima kalau manusia ini mengecewakan. Saya boleh terima kalau saya tak dapat apa yang saya suka. Saya redha dengan setiap apa yang di'qada dan qadar'kan utk saya. DLL ujian, dugaan, impian, harapan yang telah dicaturkan untuk kehidupan saya.

Hmm..tapi bukanlah saya ni langsung tak perlukan orang lain. Mana mungkin itu. Kita kena hargai apa yang ALLAH dah jadikan untuk kita. Cuma bila saya berpandangan begitu, saya boleh terima orang2 di sekeliling saya seadanya. Saya tak kisah kalau saya berkawan dengan si panas baran, tak kisah kalau orang suka minta tolong saya dan macam2 lagi yang saya tak kisah.

Hmm..apapun, ini hanya pandangan saya. Bagi saya, pandangan saya yang satu ini membawa kepada keabdian pada Tuhan yang hakiki. Dan dengan sebab ini lah juga saya rasa kita semua boleh menjadi seorang hamba Allah yang baik, seorang khalifah yang bertanggungjawab, seorang pemimpin yang berjiwa besar dan sebagainya. Apapun kalau ada yang silap, mohon di perbetulkan. Saya masih belajar apa erti hidup yang sebenarnya. Nasihat & teguran masih juga diperlukan.


~Hidupku Sempurna Kerana ALLAH~

2 comments:

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

"wama kholaktuljinna wal insa illa liya'budun"...
Nice blog..keep it up 4 da ummah!
Uhibbuki fillah...(^_~)v

Bintu Abi said...

Uhibbuki fillah aidhon~ (^_^)